sedikit sebanyak yang ingin kami kongsikan bersama dengan para peminat....buat pengetahuan peminat, video ini dirakam atas permintaan peminat kami..semoga dengan video ini para peminat akan lebih bersemangat untuk hadir dan memberikan sokongan untuk kami pada konsert 1 julai 2011 ini..kami akan upload beberapa lagi video semasa jamming kami...harap peminat menikmati video yang kami sediakan ini...terima kasih...
Kepada para peminat kami yang mempunyai blog, sila tinggalkan link anda di ruangan komen kami...kami ingin melawat blog para peminat kami...Harap peminat tidak kisah kerana kami ingin berkenalan dengan peminat kami yang sentiasa menyokong kami...
cover lagu umpama mimpi dalam mimpi dari kumpulan Damasutra oleh Saiful DesireX
cover lagu sejati dari kumpulan Wings oleh Saiful DesireX
Untuk pengetahuan peminat, Saiful DesireX merupakan bekas gitaris rythm Desire untuk album Sumpitan Senja. Harap para peminat terhibur dengan video yang kami sediakan..
Ini lah peluang anda untuk menyaksikan kumpulan kesayangan anda kembali menggegarkan industri muzik tanah air. Jangan lepaskan peluang ini. Sila dapatkan tiket , t-shirt dan sticker DesireX dengan segera. Sokongan para peminat amat kami hargai. Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami dengan menghantar email ke bandesirex@gmail.com atau anda juga boleh melawat fanpage kami.
Blog ini dibuat untuk kemudahan para peminat DesireX yang ingin mendekati kumpulan muzik ini. Kami masih baru di dalam dunia blog ini kerana selama ini kami aktif dalam dunia facebook. Blog ini juga untuk memudahkan peminat mengetahui perkembangan terbaru tentang kumpulan muzik kesayangan mereka ini. Untuk peminat yang ingin mengetahui maklumat lebih lanjut tentang kumpulan muzik ini , anda boleh melawati fanpage kami di facebook iaitu Kelab Peminat DesireX dan laman rasmi kami DesireX (Official Site).
DesireX is a new heavy metal band made-up of two former front-man and axe-man of the band 'Desire' . To create and maintain the music and 'feel' which these two guys always carry within their heart and soul. Plus the new line-up of a bassist , drummer and another guitarist of whom heavy metal music is not new to them. DesireX will join along other heavy metal groups contributing to metal music genre in Malaysia.
DesireX adalah sebuah kumpulan muzik heavy metal yang terdiri dari penyanyi dan pemain gitar kumpulan Desire yang popular di era akhir 80-an dan awal 90-an . Tujuan mereka adalah untuk mencipta dan meneruskan muzik dan minat yang sentiasa mekar di hati dan jiwa mereka. Dengan pemilihan dan kemasukkan pemain bass, pemain drum dan seorang lagi pemain gitar, yang mana muzik heavy metal ini bukanlah satu perkara yang baru bagi mereka. DesireX akan berganding bahu dengan kumpulan - kumpulan muzik heavy metal yang lain dalam menyumbang kepada genre muzik metal di Malaysia.